Wednesday, November 5, 2008

Wenger Dan Aku risau skuad keletihan




Arsenal akan melayan kunjungan Fenerbahce di Stadium Emirates, hari ini LONDON: Arsene Wenger percaya bintang Arsenal yang keletihan perlu membayar harga mahal atas kepenatan mereka dari segi mental pada pertembungan Liga Juara-juara Eropah menentang Fenerbahce, hari ini (awal pagi Khamis waktu Malaysia). Barisan Wenger kembali ke aksi Eropah selepas minggu derita yang menyaksikan mereka mensia-siakan pendahuluan dua gol pada minit-minit terakhir menentang musuh ketat dan kemudian kecundang dalam kekalahan memalukan 1-2 kepada Stoke City, Sabtu lalu.
The Gunners meninggalkan gelanggang di Stoke dengan keadaan mental dan fizikal yang terjejas dan dua keputusan hambar itu boleh menyentap cabaran mereka apabila menentang wakil dari Turki itu. Tambah perit, Wenger mungkin tanpa trio Theo Walcott, Emmanuel Adebayor dan Bacary Sagna yang tercedera ketika menentang Fenerbahce. Dengan kunjungan kelab Turki itu ke Stadium Emirates menandakan permulaan rentetan tiga perlawanan dalam enam hari, termasuk pertembungan penting menentang Manchester United, Wenger begitu terdesak untuk menyuntik semangat kepada skuadnya.
“Kami kelihatan kepenatan sedikit kerana sudah bermain banyak perlawanan baru-baru ini,” kata Wenger. “Kebimbangan terbesar saya adalah kami tidak mencipta banyak peluang di Stoke. Kami tidak biasa bermain tanpa mencipta peluang dan ia amat mengecewakan kami. “Kami mengalami banyak kecederaan. Kami kehilangan Adebayor, Walcott dan Sagna termasuk satu dua yang mengalami kecederaan. Tetapi itu adalah corak permainan di sini. “Apabila anda tidak berada pada tahap tertinggi, anda kurang tangkas dan anda tidak dapat mengelakkan diri daripada terjahan dengan pantas.”
Bek kiri Arsenal, Gael Clichy, mengakui kelemahan mental barisan London itu memainkan peranan dalam keruntuhan di Stoke. “Kami tidak bermain dengan baik di Stoke tetapi kami mengawal perlawanan dan mereka menjaringkan gol daripada dua balingan ke dalam. Kami tidak begitu fokus terhadap balingan itu,” katanya. “Kami perlu bergerak ke depan, lupakan apa yang sudah berlalu. Tetapi ia adalah kekecewaan besar. - AFP

Takut La Jugak..

Ape yang aku takut ar..?

Erm..macam2 aku takut..Ni antara list yang aku takut:
ehh..bukan takut gemntar ciket la..

1)Takut result final exam(sem nie) teruk,
2)Takut nak present praktikal next sem.
3)Takut Arsenal kalah lwn MU hujung minggu nie.


erm..aku rase final sem last nie la yang paling teruk aku wat..aku pun tak tahu nak ckap macam mane.study sudah.mungkin silap cara aku study kot..

Ari nie aku pergi lab melihat budak praktikal present..ade yang ok and ade yang kene tembak ngan panel..kesian pun d jugak..

Arsenal..wenger aku harap kau gune la sebaik2 percaturan mase lwn MU hujung minggu nie coz kat sini memang bersepah peminat MU.Klu Arsenal menang aku wat Jamuan makan meggi beramai2..ha3..MU siap la ko terima Kedatangan MERIAM KITEORANG!!!HE33...Kepada roomt aku and penyokung MU,hunggu minggu nie kite musuh tau..walaupun match kebelakangan nie arsenal kurang menyerlah tapi aku yakin dengan kebolehan Arsenal..