Tuesday, July 28, 2009

H1N1

H1N1....
(ari jumaat lepas) jam baru kul 11 lbh, aku baru balik class pagi td..baru nak masak nasi kt umh..tibe2..budak umah aku panggik aku.."penyu,wei kite cuti 1 week bai.awek aku msj bagi tau notis baru naek.."aku pun punye la suke coz dapat cuti 1 week beb..dah la nak balik bukan maen susah..dulu mase kat segamat leh balik ari2..ni dah duk jauh nak balik pun pike banyak kali coz duit lagi keje lagi..
ape2 pun aku dah kat umah ni..kepada sesape yang kene H1N1 nie banyak2 la bersabo..tapi ingat jgan lak kuar umh..duk diam2 kat hospital..kang tak pasal2 yang sihat kene..

Thursday, July 16, 2009

SAF...

Sukan Antara Fakulti..hu3..akhirnya aku dapat jugak join & mewakili Fakulti dalam Kejohahan Sukan Antara Fakulti(SAF)..suke tue tak de la sangat tapi nie mungkin salah satu platform untuk aku wakil Karisma dan mane tahu aku dapat join MASUM pulak kan..
dulu kat UiTM Johor dapat join Karisama untuk Johor.so mane tau ade rezeki dapat join team Shah Alam dan terus join MASUM..hu3..berangan bukan maen tinggi..tapi ni bukan angan2 ni adalah impian coz susah kat sini nak join sukan dan wakil UiTM Shah Alam coz budak sains sukan dah tentulah power2..ape2 pun aku nak wat yang terbaik..cayok2...

Sunday, July 12, 2009

Cerita Renungan....

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya.

Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai.

Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan- pertanyaan saya?

Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya
2. Apakah yang dinamakan takdir.
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api,
tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda
ajukan kepada saya.
Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda: Ya!

Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa
mampu melihat

Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda: Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda: Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan
menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

Monday, July 6, 2009

kawan...

Aku dh tak duk kolej coz aku dh menyewa rumah..hu3..bukan tak nak duk kolej tapi aku join kwn aku yang aku kenal dri part 1 dip lg kt segamat.lagipun aku dh jnji nk follow die..ape2 pun ok la rumah tue..aku nk terime kasih kat 1 kwn pmpuan yg rapat ngan aku nie.die selalu tolong aku..kire memamng bnyak la yg aku dh susah kn die..ape pn thanks wahai kwnku H****..

setakat ni aku menapak dan menggunakan bus Rapid KL.agak lengguh jugak r kaki ni berjalan ke fakulti..kalu kt segamat dulu tak de la penat coz tak la besar macam kt sini..lengguh..tp ok jugak coz dapat rasa khidupan dlam campus yang besar,takla macam campus cawanggan..

Saturday, July 4, 2009

1st Day..

Aku dh kt Shah Alam..aku dapat kolej Meranti..peant jugak mse dftar td coz ramai giler.. Sekarang aku ngah menanti sahabatku si N*** yg mndftar esok..if naem dapat umah aku akn masuk umh ngn die..lgpn sem depan dah tentu kne duk luar..Shah Alam akn melihat kesungguhan aku belajar..aku nk wat yang the best kt sni coz mse dip dulu aku bnyak maen..Doakan Kejayaan masing2 ok..

Thursday, July 2, 2009

Ibu

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

Tolong pergi kedai : $4.00
Tolong jaga adik :$4.00
Tolong buang sampah : $1.00
Tolong kemas bilik : $2.00
Tolong siram bunga : $3.00
Tolong sapu sampah : $3.00

Jumlah : S$17.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.


Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis'Telah Dibayar malah terhutang ' pada mukasurat yang ditulisnya.

Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab, "Ibumu(dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."