Thursday, September 25, 2008

Lagi2 citer arsenal la.

Berita Harian(25/9/08)

Keyakinan Wenger memuncak

Arsenal belasah Sheffield United

LONDON: Arsene Wenger mengisytiharkan dirinya cukup yakin dengan masa depan Arsenal selepas menyaksikan barisan termuda kelab itu mencatatkan kemenangan besar 6-0 ke atas Sheffield United dalam saingan pusingan ketiga Piala Liga.

Di sebalik purata umur hanya 19, barisan muda Gunners membelasah The Blades dengan gerakan menakjubkan yang menghasilkan perlawanan berat sebelah pusingan ketiga Piala Liga, di mana pemain remaja Mexico Carlos Alberto Vela (gambar) menjaringkan hatrik.

Penyerang Denmark, Nicklas Bendtner menjaringkan dua gol dan Jack Wilshere, 16, menyumbat gol pertama untuk skuad utama buat menggembirakan Wenger atas apa yang disifatkannya persembahan ‘sempurna.’

“Pasukan menunjukkan gandingan mantap bakat dan kematangan dalam semangat permainan untuk bermain bola sepak mengikut corak kami sendiri,” kata jurulatih berasal dari Perancis itu.

“Cara pasukan ini mengekalkan tumpuan dan mereka kelihatan barisan yang sempurna. Saya berasa sungguh berbangga.

“Kami kelihatan begitu kuat dalam setiap posisi individu, dan ia memerlukan usaha keras.”

Wenger membayangkan bahawa Vela mungkin tidak perlu menanti lama untuk pendedahan dalam skuad utama selanjutnya.

“Kami sudah tahu mengenai Bendtner, tetapi kami lebih banyak mencungkil rahsia mengenai Vela,” katanya. “Dia penyudah berbisa. Saya memasukkan Wilshere dalam barisan utama musim lalu apabila dia hanya berusia 15 dan dia tidak tampak kaku, sebaliknya seperti sudah biasa dengan keadaan itu.”


1 comment:

a said...

Go Gunnerz!!
Once a gunner always a gunner!