Thursday, October 23, 2008

Skuad Muda Arsenal Menjadi...

ISTANBUL: Arsene Wenger percaya barisan muda Arsenal sudah mencapai kematangan selepas kemenangan menakjubkan 5-2 dalam kancah Liga Juara-juara Eropah ke atas Fenerbahce di gelanggang lawan, awal pagi semalam. Wenger menurunkan pasukan dengan purata usia 23 tahun tetapi mereka menjadikan reputasi menggerunkan Stadium Sukru Saracoglu seperti satu bahan jenaka untuk memberi Fenerbahce kekalahan pertama mereka di tempat sendiri di Eropah untuk hampir setahun. Sudah 15 perlawanan sejak Fenerbahce kali terakhir dikalahkan di hadapan penonton sendiri tetapi itu tidak menggerunkan Arsenal dan Emmanuel Adebayor serta Theo Walcott meletakkan skuad Wenger dalam penguasaan dengan dua gol dalam minit awal babak pertama. Gol sendiri Mikael Silvestre mengurangkan defisit, tetapi Abou Diaby dan Alexandre Song menjadikannya 4-1. Jaringan lewat permainan oleh Daniel Guiza tidak mengurangkan keaiban Fenerbahce tatkala Aaron Ramsey melengkapkan jaringan dalam masa kecederaan untuk memastikan Arsenal kemenangan terbesar Eropah di tempat lawan dalam lima tahun. Selepas bergelut awal musim ini, Wenger melihat petanda bahawa pasukan berbakatnya kini semakin matang menjadi kuasa yang menggerunkan. “Saya sangat bangga dengan pasukan ini. Purata usia hanya 23 tahun dan saya bangga kerana kami datang dan cuba untuk menguasai permainan dalam suasana yang cukup genting,” katanya. “Sungguh memuaskan bahawa mereka tampak bermain tanpa sebarang rasa takut. Saya gembira melihat ia berfungsi dengan baik. “Kami datang ke sini dan mencuba nasib. Kami bermula garang, kami mengekalkan penguasaan dan menamatkan perlawanan dengan mantap.” Jarang sekali Fenerbahce begitu dimalukan di tempat sendiri. Kelab Turki dirobek berulang kali oleh serangan kilat Arsenal dan mungkin melepaskan lebih banyak gol.
Dengan William Gallas, Kolo Toure dan Bacary Sagna tidak dalam pertahanan Wenger, tidak mengejutkan bahawa Arsenal tanpa rapuh di bentang beberapa kali. Tetapi corak permainan menyerang mereka yang memberikan Wenger harapan kejayaan lebih besar akan datang musim ini. “Disebabkan dua pasukan sentiasa menyerang maka ia permainan terbuka dan Fenerbahce adalah skuad yang suka mengasak dan begitu berbahaya menuju ke depan,” kata Wenger. - AFP

No comments: